KAEDAH PENULISAN KARANGAN

Disediakan Oleh: Kasrul Manguna
Program: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu
Nama Pensyarah: Prof Madya Dr Adenan bin Ayob

Perenggan Pendahuluan

Pelajar-pelajar digalakkan untuk memasukkan empat aspek dalam perenggan pengenalan dan setiap ayat itu kurang daripada lima belas patah perkataan. Ayat yang perlu ditulis ialah:
A1 = Pernyataan tentang tema karangan ( idea utama atau isu secara am sahaja )
A2 = Isu semasa tentang tema karangan
A3 = Penyataan masalah berkenaan topik
A4 = Kehendak soalan

Contoh:
(A1) Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik dan terdiri daripada kepelbagaian termasuklah dari segi permainan iaitu permainan tradisional.

(A2) Permainan tradisional di negara Malaysia semakin terhakis dek kerana kehadiran talifon bimbit yang sering menjadi tumpuan generasi muda pada hari ini.

(A3) Oleh itu, permainan tradisional semakin terhakis dalam kalangan rakyat malaysia kerana mereka tidak lagi menghiraukan permainan ini.

(A4)Terdapat beberapa usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
Kaedah penulisan perenggan pendahuluan image
Kaedah penulisan perenggan isi image
perenggan isi terdiri daripada lima perenggan dan setiap perenggan sekurang-kurangnya mempunyai lima ayat dan ayat itu hendahlah mempunyai tautan dan rentetan berdasarkan tajuk yang ditulis.

Formula penulisan perenggan isi:
ISI + HURAIAN ISI + CONTOH + HUTAIAN CONTOH + KESIMPULAN ISI

A1: Isi = pilih isi berdasarkan tajuk dan tema yang dalam soalan
A2: Huraian isi = Huraikan isi yang dibincangkan berdasarkan formula apa, siapa, bagaimana, kenapa, bila
A3: Contoh = Masukkan contoh berdasarkan isi yang terlah dinyatakan
A4: Huraian Contoh = Huraikan contoh yang telah dinyatakan berdasarkan formula apa, siapa, bagaimana, kenapa, bila
A5: Kesimpulan Isi = Simpulkan isi yang dibincangkan sahaja secara keseluruhan.

Usaha-Usaha memartabatkan permainan tradisional di Malaysia.

A1: Peranan guru di sekolah

A2: Guru ialah orang yang paling dekat dengan generasi muda kerana proses pengajaran dan pembelajar di dalam bilik darjah boleh meghubungkan guru dan pelajar.

A3 (1): Guru Bahasa Melayu menyarankan pelajar agar membuat karangan berdasarkan permainan tradisional.
A3 (2): Guru di sekolah mengadakan pameran untuk para pelajar menyaksikan permainan tradisional.
A3 (3): Guru di sekolah mengadakan pertandingan permainan tradisional.

A4 (1): Hal ini dapat memdedahkan para pelajar mengenai permainan tradisional yang ada di Malaysia.
A4 (2): Hal ini akan dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar dengan penglibatan mereka untuk bermain permainan tradisional.

A5: Guru sangat berperanan dalam mendedahkan permainan tradisional kepada para pelajar dan dengan interaksi mereka di dalam kelas ataupun berdasarkan aktiviti yang dilakukan di sekolah para pelajar boleh mendalami dan mengenali permainan tradisional yang terdapat di Malaysia.

KAEDAH PENULISAN KARANGAN PERENGGAN KESIMPULAN image
Perenggan kesimpulan adalah perenggan yang menyimpulkan keseluruhan karangan. perenggan ini sekurang-kurangnya mempunyai empat ayat dan digalakkan untuk memasukkan perenggan peribahasa dan seumpamanya untuk memberi gambaran ringkas dan menambah keindahan dalam bahasa penulisan. Selain menyimpulkan seluruh penulisan dalam karangan perenggan kesimpulan/penutup juga disertakan dengan harapan, cadangan, dan seumpamanya.

Formula perenggan penutup:
A1= kesimpula tajuk
A2 = Peribahasa dan seumpamanya
A3 = Harapan, cadangan

Contoh Ayat:
A1 (1): Kesimpulanya, permainan tradisional sememangnya masih boleh dimartabatkan di negara kita.
A1(2): Hal ini demikian kerana dengan kerejasama semua pihak kita mampu memartabatkan dan menerapkan permainan tradisional dalam kalangan rakyat malaysia
A2: Agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas dan hilang ditelah zaman.
A3: Oleh itu, semua pihak hendalah berganding bahu dalam memartabatkan dan bekerja keras bagi menimbulkan semula permainan tradisional dalam diri setiap rakyat di Malaysia

Kaedah PENULISAN BAHASA KREATIF & KRITIS image
bahasa dalam sesebuah karangan sagat dititiberatkan hal ini demikian kerana bahasa yang indah lam sesebuah penulisan akan menghasilkan sesebuah karya yang sangat indan dan disukai pembaca. melalui bahasa para pembara boleh meneruskan pembacaan sesebuah karya. oleh itu dengan penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan menepati kehandak juga berseseaian dengan sesebuah tahap pelajar yang di ajar di sekolah, khususnya pelajar tingkatan lima memerlukan peribahasa dalam penulisan karangan dan setiap tatabahasa yang digunakan hendaklah menepati konteks sesebuah ayat dalam menulis karangaan. Selain itu, penanda wacana yang digunakan hendaklah menepati kontek ayat bagi menghubungkan sesuatu ayat dengan ayat yang lain.

Contoh penanda wacana:

Perenggan pengenalan:
Dewasa ini, Belakangan, Kebelakangan ini, Baru-baru ini, Mutakhir ini, Akhir-akhir ini, Dalam era globalisasi.

Perenggan isi:
Di samping itu, Selain itu, Tabahan pula.

Perenggan Penutup:
Hal ini demikian, Akhirnya saya menegaskan bahawa, Kesimpulannya, Akhirnya, Konklusinya, Akhirulkalam, Tegasnya, Pendek kata.

Tatabahasa:
tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, air dicincang tak akan putus dan sebagainya.



KAEDAH PENGOLAHAN KREATIF & KRITIS image
Pengolahan ayat dalam karangan bergantung pada tahap murid dan tingkatan lima biasanya mengunakan pengolahan ayat majmuk dalam penulisan diselitkan fakta. farta yang digunakan hendaklah benar dan setiap penyataan hendaklah sahih atau tidak lari jauh daripada makna sebenar. Dalam karangan tautan dan rentetan sesuatu ayat sebelum dan ayat selepasnya sangat dititikberatkan agar makna ayat tidak lari daripada maksud sebenar.

CONTOH: Usaha-Usaha memartabatkan permainan tradisional di Malaysia.

Salah satu usaha yang perlu dilakukan adalah panan guru di sekolah dalam mendidik para pelajar. Guru ialah orang yang paling dekat dengan generasi muda kerana proses pengajaran dan pembelajar di dalam bilik darjah boleh meghubungkan guru dan pelajar.sebagai contoh guru Bahasa Melayu menyarankan pelajar agar membuat karangan berdasarkan permainan tradisional. Guru di sekolah juga mengadakan pameran untuk para pelajar menyaksikan permainan tradisional. Hal ini dapat memdedahkan para pelajar mengenai permainan tradisional yang ada di Malaysia. sekaligus memberi pengetahuan kepada para pelajar dengan penglibatan mereka untuk bermain permainan tradisional.
Dengan itu, Guru sangat berperanan dalam mendedahkan permainan tradisional kepada para pelajar dan dengan interaksi mereka di dalam kelas ataupun berdasarkan aktiviti yang dilakukan di sekolah para pelajar boleh mendalami dan mengenali permainan tradisional yang terdapat di Malaysia.
KESIMPULAN image
Penulisan karangan yang mantap memerlukan para pelajar menghayati tema secara nyata bagi memudahkan para pelajar mengembangkan idea. oleh itu melalui papar video yang berdurasi dua minit menunjukkan permainan tradisional secara nyata melalui video yang dipaparkan. Selain itu, pemantapan penulisan karangan hendaklah memerlukan formula bagi membolehkan para pelajar menulis karangan secara teratur dan memenuhi aspek-aspek bahasa yang indah dan pengolahan yang sempuna. 

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.

Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di negara kita.


Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?


Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.


Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.


Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.


Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara


Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


I BUILT MY SITE FOR FREE USING